168557
 Utama :: Soalan Lazim
SOALAN LAZIM
 

SOALAN LAZIM

Wakil Jualan  »   Wakil Jualan


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Wakil Jualan .my DOMAIN REGISTRY?

Wakil Jualan (Resellers) ialah rakan kongsi rasmi yang dilantik oleh .my DOMAIN REGISTRY untuk mengendalikan pendaftaran nama domain bagi kategori .my, .com.my, .net.my, .org.my dan name.my.

Wakil Jualan juga dipertanggungjawabkan untuk mengutip dan menerima yuran pendaftaran nama domain .my. Anda tidak perlu membuat bayaran tambahan kepada Wakil Jualan untuk mendaftar dengan mereka kerana yuran pendaftaran nama domain telah ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY. Sila rujuk di sini.

Sebagai tambahan, Wakil Jualan boleh menawarkan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan menghoskan nama domain dan data. Bagaimanapun, anda tidak terikat untuk melanggan perkhidmatan tersebut apabila anda mendaftar nama domain dengan mereka. Sila rujuk Wakil Jualan tersebut bagi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh mereka.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan nama domain anda tidak dijamin pendaftarannya. Anda mesti mematuhi Polisi dan Prosedur yang telah ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY.


2. Di manakah penglibatan .my DOMAIN REGISTRY?

Setelah anda memohon untuk mendaftar nama domain anda dengan Wakil Jualan, permohonan anda akan dihantar kepada .my DOMAIN REGISTRY untuk pengesahan. Hanya .my DOMAIN REGISTRY yang boleh mengesahkan atau menolak permohonan nama domain. .my DOMAIN REGISTRY juga akan menetapkan dan mengenakan bayaran Pendaftaran dan pembaharuan nama domain .my, dan menyelenggara senarai nama Wakil Jualan yang terkini.


3. Adakah semua Wakil Jualan menawarkan perkhidmatan pendaftaran nama domain .my yang sama?

Ya, semua Wakil Jualan menawarkan perkhidmatan pendaftaran nama domain bagi lima (5) kategori yang sama iaitu '.my', '.com.my', '.net.my', '.org.my' dan '.name.my'. Mereka bertanggung jawab untuk mengendalikan semua proses pendaftaran nama domain dan mesti mematuhi Polisi dan Prosedur Program Wakil Jualan .my DOMAIN REGISTRY yang menggariskan tugas dan perkhidmatan mereka.

Walaubagaimanapun, apa yang mungkin berbeza ialah Wakil Jualan boleh mengabungkan perkhidmatan pendaftaran nama domain dengan perkhidmatan lain seperti menghoskan nama domain dan perkhidmatan pusat data. .my DOMAIN REGISTRY tidak bertanggungjawab atas perkhidmatan tersebut dan Pendaftar (Registrant) berhak untuk tidak melanggan perkhidmatan-perkhidmatan ini apabila membuat pendaftaran nama domain baru.


4. Apakah yang akan berlaku terhadap maklumat nama domain yang telah diserahkan kepada Wakil Jualan untuk pendaftaran nama domain?

Wakil Jualan ialah rakan kongsi .my DOMAIN REGISTRY yang hanya bertindak bagi pihak .my DOMAIN REGISTRY. Semua maklumat yang berkaitan dengan Pendaftaran nama domain dikumpul bagi pihak .my DOMAIN REGISTRY, adalah hak milik .my DOMAIN REGISTRY dan tidak akan dipindah, diberi atau dijual kepada mana-mana pihak.

Wakil Jualan tidak dibenarkan untuk menyebarkan maklumat data nama domain termasuk tetapi tidak terhad kepada nama domain, Pendaftar (Registrant), Administrative Contact, Technical Contact, Billing Contact, pelayan nama, tarikh pendaftaran, tarikh tamat tempoh dan maklumat bil.


5. Bolehkah saya mendaftar dengan Wakil Jualan secara dalam talian?

Ya. Sila pilih Wakil Jualan daripada senarai Wakil Jualan.