168208
 Utama :: Cara Mendaftar Domain

CARA MENDAFTAR DOMAIN

Peraturan dan Prosedur

.my DOMAIN REGISTRY adalah satu-satunya badan yang mentadbir nama domain peringkat tertinggi .my untuk Malaysia. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendaftar nama domain .my hendaklah berbuat demikian melalui .my DOMAIN REGISTRY.


Bagaimanakah anda boleh mendaftar nama domain .my?

Permohonan nama domain untuk .edu.my, .gov.my dan .mil.my hendaklah dihantar melalui sistem dalam talian .my DOMAIN REGISTRY. Permohonan melalui e-mel tidak diterima.

Permohonan untuk nama domain .my, .com.my, .net.my, .org.my dan .name.my hendaklah melalui Wakil Jualan (Resellers) yang telah dilantik oleh .my DOMAIN REGISTRY. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran melalui Wakil Jualan (Resellers).


Langkah-langkah

Untuk proses pendaftaran nama domain, sila ikuti langkah-langkah di bawah.


Untuk .my, .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my:

1.    Baca dokumen dalam laman web ini.

2.    Baca pengumuman terkini.

3.    Pastikan anda telah memenuhi kesemua prasyarat.

4.    Hantar permohonan pendaftaran nama domain.

5.    Sahkan pendaftaran anda.

6.    Bayar yuran yang ditetapkan.

 

1.    Baca dokumen dalam laman web ini.

Dokumen-dokumen ini bertujuan untuk membantu semua peringkat pengguna dan menjadi panduan bagi proses pendaftaran nama domain.

o    Soalan Lazim

Ia memberitahu anda segala-galanya mengenai Perkhidmatan Pendaftaran Nama Domain .my DOMAIN REGISTRY (DNRS). Terdapat juga glosari bagi yang baru mengenali domain.

o    Dokumen Sokongan

Adakah anda layak untuk mendaftar? Klik di sini untuk melihat sekiranya organisasi anda memenuhi kriteria yang diperlukan. Anda dikehendaki menyerahkan dokumen sokongan semas proses permohonan pendaftaran nama domain.

o    Memilih Nama Domain

Nama domain anda perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

o    Perjanjian Pendaftaran Nama Domain

Dokumen ini amat penting. Apabila anda menyerahkan Borang Pendaftaran Nama Domain kepada .my DOMAIN REGISTRY, bermakna anda telah membaca, memahami dan menerima segala terma dan syarat dalam perjanjian ini.


2.    Baca pengumuman terkini.

Di sini anda boleh mendapatkan maklumat dan berita terkini mengenai nama domain. Anda dinasihatkan supaya memberi maklumat yang tepat sebelum menyerahkan borang pendaftaran anda.


3.    Pastikan anda telah mematuhi kesemua prasyarat.

Sebelum mendaftar, anda dikehendaki melakukan perkara berikut:

o    Mempunyai sambungan Internet.

o    Menyediakan pelayan nama utama (primary name server) untuk nama domain yang akan didaftarkan. Jangan senaraikan nama pelayan tanpa pengetahuan pemiliknya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai nama pelayan.

o    Menyediakan pelayan nama kedua (secondary name server) untuk nama domain yang akan didaftarkan. Jangan senaraikan nama pelayan tanpa pengetahuan pemiliknya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai nama pelayan.

o    Menyediakan Administrative Contact. Hanya administrative contact yang tersenarai dalam borang Pendaftaran anda akan menerima notis daripada .my DOMAIN REGISTRY melalui e-mel apabila proses pendaftaran telah selesai.

o    Menyediakan Technical Contact. Hanya technical contact yang tersenarai dalam borang Pendaftaran anda akan menerima notis daripada .my DOMAIN REGISTRY melalui e-mel apabila proses pendaftaran telah selesai.

o    Menyediakan Billing Contact. Hanya billing contact yang tersenarai dalam borang Pendaftaran anda akan menerima notis daripada .my DOMAIN REGISTRY melalui e-mel apabila proses pendaftaran telah selesai.

o    Menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.


4.    Melakukan permohonan pendaftaran.

Anda hendaklah mendaftar nama domain .edu.my, .gov.my dan .mil.my secara dalam talian dengan menggunakan borang Pendaftaran Nama Domain.

Permohonan untuk nama domain .my, .com.my, .net.my, .org.my dan .name.my hendaklah melalui Wakil Jualan (Resellers). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pastikan anda telah melengkapkan maklumat dengan tepat. Borang permohonan yang tidak lengkap dan tepat boleh menyebabkan permohonan anda ditolak dan anda dikehendaki membuat permohonan baru.

Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan SEMUA maklumat yang anda nyatakan dalam borang permohonan anda. .my DOMAIN REGISTRY mempunyai hak untuk membatalkan atau menamatkan nama domain tersebut pada bila-bila masa tanpa notis bertulis terlebih dahulu kepada anda sekiranya .my DOMAIN REGISTRY mendapati mana-mana maklumat yang disediakan dalam borang tidak lengkap, tidak betul dan tidak tepat.

Sila ambil perhatian bahawa semua maklumat berkaitan nama domain yang telah didaftarkan boleh disemak melalui Perkhidmatan Whois .my DOMAIN REGISTRY.


5.    Pengesahan pendaftaran.

Borang permohonan nama domain akan diproses oleh .my DOMAIN REGISTRY setiap hari bekerja pada minggu tersebut. Nama domain didaftarkan berkonsepkan "siapa cepat, dia dapat". Bagaimanapun, penyerahan permohonan tidak menjamin pendaftaran nama domain anda.

Setelah anda menyerahkan borang permohonan, Administrative Contact, Technical Contact, dan Billing Contact akan menerima notis melalui e-mel daripada .my DOMAIN REGISTRY mengenai penerimaan permohonan anda. Hanya contact person yang tersenarai dalam borang permohonan akan menerima e-mel daripada .my DOMAIN REGISTRY apabila pendaftaran selesai.

Anda dikehendaki menyerahkan dokumen sokongan kepada .my DOMAIN REGISTRY atau Wakil Jualan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan borang.

Sekiranya permohonan anda ditolak, notis penolakan akan disertakan dengan alasan mengapa ianya ditolak. Sekiranya anda ingin memohon semula, anda dikehendaki mengulangi proses pendaftaran dari mula. Lihat bahagian soalan lazim tentang alasan-alasan biasa mengapa permohonan ditolak.

Nama domain anda akan didaftarkan setelah .my DOMAIN REGISTRY atau Wakil Jualan menerima dan memeriksa permohonan dan dokumen sokongan yang berkaitan.


6.    Bayar yuran yang ditetapkan.

Nama domain yang telah didaftarkan (.edu.my, .gov.my, dan .mil.my) akan diberi inbois oleh .my DOMAIN REGISTRY. Anda mesti membayar semua bayaran yang telah ditetapkan bagi memastikan nama domain anda tidak ditamatkan.

Bagi nama domain yang diproses oleh Wakil Jualan (.my, com.my, .net.my, org.my dan .name.my), pembayaran nama domain hendaklah dilakukan kepada Wakil Jualan yang berkenaan. Sila hubungi Wakil Jualan anda untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan pembayaran, sila rujuk Jadual Pembayaran.